Saturday, 17 December 2011
Kaum Nabi Lut kembali lagi..!!
SiasahKini: Gambar Arif Alfian..Lelaki Melayu Malaysia Pertama...: Apa boleh kita buat.Benda dah terjadi.Hangpa tengok la 3 gambar anak bangsa Melayu Malaysia kita nieh.Ini gambar Sk jumpa di blog sozcyili.b...
Sunday, 11 December 2011
Rasulullah S.A.W. juga sukakan Kucing
Ini Kucing Saya
Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah bernajis.Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah S.A.W. yang buta huruf,berani mengatakan bahawa kucing suci,tidak najis? Lalu bagaimana Rasulullah S.A.W. mengetahui bahawa badan kucing tidak terdapat najis?..
Pada permukaan Lidah kucing-ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing,benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.Ketika kucing minum,tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan Lidah kucing-sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih,permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu yang mati dan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Pelbagai penyelidikan telah dilakukan terhadap kucing dengan perbezaan usia,perbezaan posisi kulit punggung,bahagian dalam telapak kaki,pelindung mulut,dan ekor.Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan.Disamping itu,dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian yang tertentu.Terus diambil juga cairan tertentu yang ada pada dinding dalam mulut dan lidah kucing.
Gerhana Matahari
Ingatlah wahai umat Islam sekalian-
*Ingatlah tentang ramalan kemunculan Imam Al-Mahdi yang telah tersebut dalam hadis yang mengatakan bahawa akan berlaku 2 Gerhana Matahari di bulan Ramadhan.
Peristiwa ini pernah berlaku pada-
1.)1401 Hijrah dan 1981 Masihi
*Terjadi Gerhana Matahari pada 15 Ramadhan dan 29 Ramadhan bersamaan dengan hari Jumaat 17 dan 31 Julai 1981.
2.)1402 Hijrah dan 1982 Masihi
*Terjadi Gerhana Matahri pada 14 Ramadhan dan 28 Ramadhan bersamaan dengan hari Selasa 6 dan 20 Julai 1982.
Saturday, 10 December 2011
7 Ayat Cinta daripada Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W. bersabda:"Barang siapa yang menghafalkan dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan Allah dan Malaikat.
Dan akan diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan."
1.)Bismillahirrahmanirrahim
*Di setiap kali hendak melakukan sesuatu.
2.)Alhamdullilah
*Setiap kali habis melakukan sesuatu.
3.)Astaghfirullah
*Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.)InsyaAllah
*Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.)Lahaulawalaquawwataillabillah
*Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.)Innalillah
*Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.)Laailaahaillailah
*Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
AMALKAN SELALU SEMOGA KITA TERGOLONG DIKALANGAN ORANG YANG TERPILIH OLEH ALLAH
Friday, 9 December 2011
Kisah Ibnu Battutah Tokoh Pengembara
Nama sebenar beliau ialah Muhammad ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Yusuf al-Lawati al-Tanji. Beliau diberi gelaran Abu Abdullah atau Shams al-Din. Beliau dikenali sebagai Ibn Battutah. Beliau dilahirkan pada hari Isnin bulan Rejab tahun 703 H/1304 M di Tanjah atau Tangier iaitu sebuah daerah di Maghribi. Beliau terkenal sebagai seorang ahli geografi Islam yang banyak membuat pelayaran dari Timur Tengah ke India dan seterusnya China. Oleh kerana bapa dan datuknya terdiri daripada ulama dan bertugas sebagai kadi, maka Ibn Battutah sejak kecil lagi telah menerima pendidikan agama di kampungnya. Di Tanjah beliau telah menyempurnakan pelajaran syariah Mazhab Maliki.
Kebanyakan sumber lebih ghairah menceritakan mengenai pengembaraannya sehingga latar belakang peribadinya diketepikan. Selain menerima pendidikan di Tanjah (Tangier) tidak dinyatakan dengan lanjut pengenai pendidikan beliau. Dalam The Encyclopedia Britannica ada menyebut beliau melanjutkan pelajaran di bawah para ulama terkenal di Mesir, Syria dan Hijaz tetapi tidak dinyatakan namanya.
Beliau mempelajari banyak bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa Arab, Parsi, Turki, sastera dan ilmu ketika dalam pengembaraannya.Beliau meninggal dunia di daerah Marakish pada tahun 779 H/1377 M.
Kedudukan dan Sumbangannya
Ibn Battutah adalah seorang tokoh pengembara dan sejarawan Islam yang terkenal pada zaman pertengahan. Kemasyhurannya bukan hanya di kalangan umat Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat antarabangsa. Para orientalis menganggapnya sebagai The Prince of Muslim Travellers. Kedudukan beliau sebagai pengembara yang terkenal selalu dibanding dan disamakan dengan pengembara-pengembara terkenal di dunia seperti Marco Polo.
Pengembaraannya selama 28 tahun itu telah diceritakan sendiri oleh Muhammad ibn Juzay seorang setiausaha kepada Sultan Abi Anan di bandar Fars untuk direkodkan. Rekod pengembaraannya itu dikenali sebagai Rihlah ibn Battutah. Kitab ini tamat ditulis pada 3 Zulhijjah 756 H/ 1357 M. Kitab ini telah menarik perhatian sarjana-sarjana sejarah di seluruh dunia dan telah diterjemahkan dalam berbagai-bagai bahasa termasuklah bahasa Portugis, Perancis, Inggeris dan Jerman. Ia telah diterjemahkan ke bahasa Perancis oleh sarjana Barat antara tahun 1879-1893, manakala H. A. R. Gibb meringkaskannya ke bahasa Inggeris pada tahun 1929. Daripada catatan pengembaraannya itu terakamnya jasa dan sumbangannya yang besar. Ini kerana catatannya itu adalah merupakan satu daripada sumber sejarah abad pertengahan yang penting bagi pelbagai aspek bagi negara-negara yang dilawatinya, baik dari segi agama, sosial, politik, kebudayaan mahupun lainnya dapat ditemui dalam rekod pengembaraannya. Bagi negeri-negeri Afrika Barat, sumber sejarahnya banyak bergantung kepada catatan itu. Demikian juga berhubung dengan kedudukan dan perkembangan agama Islam di beberapa negara termasuklah di Asia Tenggara, China dan lain-lain.
Pendapat Sarjana Barat mengenai Ibn Battutah
Will James Durant mengatakan Ibn Battutah memperoleh keluhuran peribadi yang cemerlang dan menakjubkan pada zamannya. Beliau melihat bahawa kebolehan Ibn Battutah bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat baik dari golongan raja, ulama dan masyarakat biasa.
Seorang lagi sarjana Barat iaitu Raigis Blaisyir berkata mengenai Rihlah ibn Battutah; “Kitab ini penting untuk mengetahui tentang dunia Islam pada kurun ke 14 M. Ia mempunyai maklumat mengenai penduduk-penduduk yang ditemui oleh Ibn Battutah sama ada menyentuh akidah, adat-istiadat mahupun perilaku penduduk-penduduk tersebut.”
Yamoto Alyabani mengatakan adalah agak mustahil untuk mengatakan semua hikayat Ibn Battutah tentang China adalah khayalan beliau. Kerana agak mustahil catatan-catatannya berdasarkan sumber-sumber China dan mengikut catatan-catatan perjalanan Marco Polo kerana ia mempunyai catatan yang berlainan.
Kesimpulan
Ibn Battutah adakah seorang tokoh pengembara dan ahli pelayaran Islam yang terkenal pada zaman pertengahan. Pengalaman pengembaraannya selama 28 tahun telah direkodkan dan dibukukan serta telah menarik perhatian para sarjana sejarah di seluruh dunia untuk diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ringkasnya beliau telah mengambara ke Mesir, Syam, Hijaz, Iraq, Fars, Yaman, Bahrain, Turkistan, sebahagian India, China, Jawa dan tengah Afrika. Oleh itu, cerita pengembarannya yang telah direkodkan itu menjadi satu sumber sejarah yang tinggi nilainya hingga ke hari ini, bukan sahaja untuk orang Islam bahkan juga orang bukan Islam di seluruh dunia.
Kisah Ibnu Sina Tokoh Perubatan
Ibnu Sina
Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.
Sejarah dan latar belakang
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Sumbangan
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
*Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
*Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
*Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
*Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
*Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
*Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
*Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
*Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).
Sunday, 20 November 2011
Welcome to My new Blogspot..ahahaha
Saya baru sahaja buat laman ini..saya rasa seronok..boleh letak gambar-gambar yang saya suka...loves it..
Subscribe to:
Posts (Atom)